Nama Empayar_Parsi

Perkataan Parsi telah lama digunakan oleh dunia Barat untuk memerihalkan negara Iran, penduduk-penduduk, dan empayar-empayar purbanya. Perkataan ini berasal daripada nama Yunani untuk provinsi kelautan Iran yang dipanggil Fars dalam bahasa Parsi moden, Pars dalam bahasa Parsi Zaman Pertengahan dan Pārsā dalam bahasa Parsi Kuno. Perkataan itu bermaksud "tiada cacat celanya". Persis ialah bentuk bahasa Greek untuk Pars, dan melalui perkataan bahasa Latin, Persia, negara-negara Eropah yang lain telah mengikut penggunaan perkataan itu untuk kawasan ini.

Kawasan ini merupakan teras Empayar Parsi yang asal. Kebanyakan orang asing merujuk kepada negara Iran sebagai Persia sehingga 21 Mac 1935 ketika Iran meminta komuniti antarabangsa secara rasmi untuk memanggil negaranya dengan nama asli; puak-puak Arya yang membentuk negara ini pada zaman Achaemenid menyatukan penara di kawasan itu dan memanggil negara mereka sebagai Iran pada penubuhannya. Pada tahun 1959, Shah Mohammad Reza Pahlavi mengumumkan bahawa penggunaan nama Parsi dan Iran boleh ditukar ganti.