Sinopsis Encounter_(siri_TV_Korea_Selatan)

Seakan takdir yang menyatukan mereka, seorang wanita yang memiliki segala-galanyanya dan seorang pemuda yang tidak mempunyai apa-apa membuat keputusan untuk melepaskan kehidupan biasa untuk bersama. Cha Soo-hyun (Song Hye-kyo), anak perempuan seorang ahli politik, menjalani kehidupan yang menyedihkan yang dipantau oleh orang lain. Beliau dijual (berkahwin) dengan keluarga kaya, hanya untuk menceraikan suaminya kerana suaminya menjalinkan hubungan sulit. Sebagai syarat perceraian bekas ibu mertuanya, Soo-hyun harus menghadiri semua majlis sosial bekas ibu mertuanya. 

Suatu hari ketika dalam percutian sambil mencari peluang perniagaan di Cuba, beliau bertemu Kim Jin-hyuk (Park Bo-gum), seorang lelaki yang bersemangat bebas. Mereka menghabiskan masa bersama. Setelah mereka kembali ke Korea Selatan, mereka bertemu semula tetapi sebagai pekerja di Hotel Donghwa, yang Soo-hyun terima sebagai imbuhan semasa penceraian. Mereka tertarik satu sama lain, tetapi hanya takdir yang akan menentukan sama ada mereka boleh bersama atau tidak. [16]

Rujukan

WikiPedia: Encounter_(siri_TV_Korea_Selatan) http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2018/... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2018/... http://sports.donga.com/3/all/20180709/90960616/1 http://www.ggilbo.com/news/articleView.html?idxno=... http://star.hankookilbo.com/News/Read/201812061017... http://www.imdb.com/title/tt8769260/ http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/A... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/A... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://kpopherald.koreaherald.com//view.php?ud=201...