English_Electric_Lightning
English_Electric_Lightning

English_Electric_Lightning

English Electric Lightning merupakan sebuah pesawat pejuang berkelajuan supersonik buatan Britain yang digunakan semasa era Perang Dingin. Ia diingati kerana kelajuannya yang menggagumkan dan keadaan luaran berlogam biasa. Ia terkenal kerana keupayaannya sebagai sebuah pesawat pemintas. English Electric kemudian telah digabungkan ke dalam British Aircraft Corporation, yang mana kemudian dikenali sebagai BAC Lightning.Kebanyakan pesawat Lightning telah digunakan oleh Tentera Udara Diraja British dan Tentera Udara Diraja Arab Saudi. Pesawat ini juga merupakan pesawat penunjuk tetap di pertunjukkan udara dan merupakan pesawat pertama yang mencapai keupayaan superkrus. Lightning juga merupakan satu daripada pesawat berprestasi tinggi yang digunakan dalam formasi aerobik. Kebanyakan pesawat Lightning kini telah dibersarakan dan disimpan di muzium, tetapi tiga buah pesawat masih diterbangkan di "Kota Guruh", Cape Town, Afrika Selatan.