Terminologi Ennead

Mitos Mesir membentuk banyak kelompok dewa-dewi sebegitu, dikenali sebagai Pesedjets. Teks Piramid bagi Dinasti ke Lima Mesir dan Dinasti ke Enam Mesir menyebut Pesedjet Agung, Pesedjet Rendah, Pesedjet Berkembar, Pesedjets jamak, dan malah Tujuh Pesedjets. Sesetengah Firaun menetapkan pesedjet yang memasukkan diri mereka dikalangan dewa. Contoh paling terkenal adalah Seti I dari Dinasti ke Sembilan belas, yang di kuilnya di Redesiyah menyembah pesedjet yang menggabungkan enam dewa penting bersama tiga bentuk dirinya sendiri.

Batu Rosetta di Muzium British.

Istilah Yunani Ennead, mewakili kelompok sembilan, dicipta oleh orang Yunani yang menjelajah Mesir, kebudayaannya dan ugama Mesir Kuno, terutama selepas penaklukan oleh Alexander the Great dan semasa pemerintahan berikutnya oleh Dinasti Ptolemaic. Bahasa Yunani menjadi bahasa golongan terpelajar dan dengan itu istilah Yunani digunakan oleh pengarang Greek dan Rom untuk menggambarkan fenomena Mesir. Yang lain turut menggunakan persamaan antara Dewa Mesir dan Greek bagi mengenal-pasti keduanya.