Entalpi peneutralan (
ΔHn, juga
haba peneutralan) ialah perubahan
entalpi (kandungan tenaga
haba dalam) ketika
asid dan
bes mengalami
peneutralan yang membentuk
garam dan air. Entalpi ini didefinisikan sebagai tenaga dikeluarkan terbitan pembentukan satu mol air.Apabila tindak balas dilakukan dalam
keadaan piawai, iaitu suhu 298 K (25 darjat Celsius) dan 1
atm tekanan, dan jika selama tindak balas itu terbentuk satu mol air, nilai entalpi dikira dinamakan "entalpi peneutralan piawai" (
ΔHno).Haba (Q) yang dikeluarkan dalam tindak balas peneutralan ialah:dengan m adalah jisim larutan, cp adalah
muatan haba dan ∆T ialah perubahan
suhu yang dikira sepanjang tindak balas. Dari sini, perubahan entalpi (∆H) dapat diperoleh daripada nilai haba dengan jumlah bahan yang terlibat dalam
mol:Jika
asid kuat, HA betindak balas dengan
bes kuat, BOH, maka tindak balasnya ialah:Dengan ini, asid dan bes terurai sepenuhnya dan tiada kation B+ maupun anion A− yang terlibat dalam tindak balas peneutralan. Perubahan entalpi bagi tindak balas ini tercatat sebanyak -57.62 kJ/mol pada suhu 25 °C.Bagi asid atau bes lemah, entalpi peneutralan bergantung pada kadar pH. Apabila tiada asid mineral tambahan selepas tindak balas, haba diperlukan untuk menyelesaikan proses penguraian. Dengan ini, jumlah haba yang dihasilkan dalam peneutralan menjadi lebih kecil. Misalnya, tindak balas peneutralan
hidrogen sianida dengan
natrium hidroksida, HCN + NaOH ⟶ NaCN + H 2 O {\displaystyle {\ce {HCN + NaOH -> NaCN + H2O}}} pada suhu 25 °C, memiliki nilai entalpi pengionan sebanyak 45.3 kJ/mol.
[1]