Enuresis

Enuresis atau penyakit kencing malam merupakan suatu penyakit tingkah laku yang berlaku kepada kanak-kanak hingga golongan remaja akil baligh dan golongan warga emas yang sudah lanjut umurnya. Enuresis sering berlaku ketika mereka sedang tidur khususnya pada waktu malam, namun perkara ini kadangkala turut berlaku pada waktu awal pagi atau pada tengah hari dan petang. Pada kebiasaannya istilah ini dikhususkan kepada mereka yang cukup besar untuk mengawal pengencingan,[1] dan tidak bagi golongan kanak-kanak bawah umur.Enuresis juga pernah dilaporkan terjadi akibat beberapa kondisi penyakit lain misalnya akibat penyakit serangan bacteria pada pundi kencing atau kegagalan otak atau system saraf yang mengawal aktiviti berkaitan alat kelamin. Ada juga kes yang mengaitkan Enuresis dan masalah emosional dan personaliti. Terdapat sebilangan kes yang melibatkan perasaan yang banyak berlaku kepada lelaki, mereka yang telah bermimpi basah lalu mengeluarkan air mani atau memaksa air mani mereka keluar ketika beronani, mereka akan mudah berasa hendak membuang air kencing, namun akibat kepenatan mereka akan terus tertidur dan menyebabkan pundi kencing mereka tidak mampu untuk mengawal peningkatan kapasiti air kencing yang banyak, lalu mereka pun terkencing sedangkan mereka tidur.