Dalam ilmu
kosmologi fizikal,
epok Planck (atau
zaman Planck) merupakan kala
masa yang terawal sekali dalam sejarah
alam semesta, dari sifar hingga kira-kira 10−43 saat (
masa Planck). Adalah dipercayai bahawa interaksi fizikal dikuasai oleh
kesan graviti kuantum disebabkan skala alam semesta yang teramat sangat kecil ketika itu. Pada ketika itu, iaitu kira-kira 13.8 bilion tahun dahulu, adalah dipercayai bahawa
gravitasi sama kuatnya dengan
daya-daya asasi yang lain, malah kesemua daya itu mungkin telah
disatukan. Keadaan alam semesta yang
tidak terbayang panas dan tumpatnya sewaktu epok Planck adalah tidak stabil, cenderung berevolusi dan membangkitkan manifestasi daya-daya asasi yang kita biasai melalui proses yang dikenali sebagai
pemutusan simetri. Ini juga telah diteorikan sebagai detik masa paling awal yang boleh diperikan dengan penuh erti. Kosmologi moden kini membayangkan bahawa epok Planck mungkin telah memulakan suatu zaman penyatuhan yang dikenali sebagai
epok penyatuan raya, malah bahawa pemutusan simetri selepas itu terus menujukan kepada zaman
penggelembungan kosmik, iaitu
epok penggelembungan, apabila alam semesta meluas secara besar raksasa dalam jangka masa yang teramat singkat.
[1]