Biografi Eric_Dane

Kejaya

Setelah muncul di dalam All My Sons, Dane memutuskan untuk menjadikan lakonan sebagai kerjayanya. Beliau muncul sebagai watak sampingan di dalam Saved by the Bell, The Wonder Years, Roseanne, dan Married With Children, dan sebagainya. Namun, pada tahun 2000, beliau menandatangani perjanjian untuk membintangi Gideon's Crossing, dan dua musim untuk siri Charmed. Selain itu, beliau juga pernah muncul di dalam Serving in Silence dan Helter Skelter.

Penampilan pertama untuk watak utama Dane ialah menerusi The Basket (1999). Beliau juga pernah muncul dalam Zoe, Duncan, Jack & Jane, Sol Goode, Feast, Open Water 2, dan X-Men: The Last Stand.

Pada 2005, Dane menjadi pelakon jemputak sebagai Dr. Mark Sloan (atau "McSteamy") menerusi Grey's Anatomy. Pada musim ketiga, berdasarkan sambutan positif dari penonton, Dane diserap menjadi ahli keluarga Grey's Anatomy.

Kehidupan peribadi

Beliau pernah belajar di Mateo High, California pada tahun 1991.[1] Beliau mengahwini pelakon Rebecca Gayheart pada 29 Oktober 2004.

Pada 6 Februari 2008, majalah berita selebriti OK! melaporkan Dane menghidap barah kulit tetapi telah menjalani rawatan.[2] Walau bagaimanapun, pada 13 Februari 2008, beliau menafikan dakwaan beliau menghidap barah kulit menerusi majalah Us Weekly[3][4] Dane berkata beliau sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.[3]

Berkaitan