Ernest_Medina

Ernest Lou Medina (27 Ogos 1936 - ) adalah pegawai pemerintah Kompeni ā€œCā€, Batalion Pertama, Rejimen Infantri Ke-20 yang terlibat semasa Pembunuhan Beramai-ramai di My LaiErnest Medina berumur 16 tahun dan membuat penipuan mengenai umurnya untuk membolehkan beliau masuk menyertai pasukan Pengawal Kebangsaan (National Guard). Di diberikan latihan menjadi operator radio tetapi mempunyai susuk badan yang terlalu kecil untuk memikul set radio yang seberat 30 kg. Oleh demikian, beliau menerima latihan sebagai tukang masak. Dia menghadiri mesyuarat dan seminar sebagai persiapan untuk kenaikan pangkat dan mengarakkan panji-panji Pengawal Kebangsaan semasa perlawanan bola dan semasa perarakan. Satu tahun selepas tamat pengajian sekolah tinggi, Medina sudah mencapai pangkat E6, satu pangkat di di bawah pangkat tertinggi E7 untuk anggota bukan pegawai. Setelah tamat pengajian sekolah tinggi, Medina bekerja di beberapa tempat seperti di perkhidmatan hutan, syarikat pembalakan, kerani di syarikat ayan dan juruwang di kedai farmasi. Dalam tahun 1956, Medina menyertai tentera darat. Selepas latihan asas, dia dihantar ke Jerman. Pada umur 21 tahun, Medina sudah menyandang pangkat Staf Sarjan. Medina mendapat tawaran ke Akademi Tentera Darat Amerika Syarikat di West Point, tetapi tawaran itu ditolak Medina. Walaupun demikian, Medina menerima tawaran menghadiri Sekolah Pegawai Kadet (OCS) dan lulus cemerlang, menjadi Komander batalion kadet pengambilan beliau. Medina seterusnya menjadi jurulatih di Sekolah Pegawai Kadet selama dua tahun sebelum dihantar ke Hawaii. Dalam bulan Disember 1966, Medina menjadi Pegawai Pemerintah Kompeni ā€œCā€, Batalion Pertama, Rejimen Infantri ke-20 (C/1-20).