Ernst_Röhm
Ernst_Röhm

Ernst_Röhm

Ernst Julius Günther Röhm (Sebutan bahasa Jerman: [ˈɛɐ̯nst ˈʁøːm]; 28 November 1887 – 1 Julai 1934) adalah seorang pegawai tentera darat Jerman yang telah berkhidmat dalam Perang Dunia I dengan pangkat terakhir sebagai Kapten sebelum berhenti awal dari perkhidmatan tentera pada tahun 1923 dan merupakan antara ahli pengasas Parti Nazi. Selaku salah seorang ahli terawal parti sebelumnya, iaitu Parti Buruh Jerman, beliau merupakan kawan rapat dan sekutu terawal Adolf Hitler dan pengasas bersama Sturmabteilung (SA, "Pasukan Gempur"), iaitu militia Parti Nazi, dan kemudian sebagai komandernya. Menjelang tahun 1934, Hitler melihat beliau, yang kini bergelar Menteri tanpa Portfolio dalam Kabinet Hitler, sebagai seorang pesaing yang berpotensi, dan untuk itu beliau telah dibunuh pada Malam Pisau Panjang.