Kabinet_Hitler
Kabinet_Hitler

Kabinet_Hitler

Kabinet Hitler (de jure) membentuk kerajaan Jerman Nazi antara 30 Januari 1933 dan 30 April 1945 diatas pelantikan Adolf Hitler sebagai Canselor Reich Jerman oleh presiden Paul von Hindenburg – dicipta oleh ahli politik konservatif nasional Franz von Papen, yang mencadangkan jawatan Naib Canselor untuk dirinya.[1] Pada asalnya kabinet pertama Hitler dipanggil "Kabinet Reich penyelamat nasional",[2] yang merupakan gabungan Parti Nazi Hitler dan Parti Rakyat Kebangsaan Jerman (DNVP) konservatif nasional, ia menjadi kabinet Nazi secara eksklusif setelah DNVP diancam sehingga membubarkan dirinya sendiri.Akta Pengkuasaan 1933, diluluskan dua bulan selepas Hitler mengambil alih jawatan, memberikan kabinet kuasa untuk membuat undang-undang tanpa persetujuan legislatif selama empat tahun. Sebenarnya, kuasa ini diberikan pada Hitler, dan untuk semua niat dan tujuannya, Hitler menjadi diktator. Selepas pelulusan Rang Undang-Undang, perbincangan yang serius akan berakhir pada mesyuarat kabinet. Ia hanya bertemu sekali-sekala selepas tahun 1934, dan kali terakhir bertemu pada 4 Februari 1938. Bagaimanapun, saiznya semakin berkembang di atas kertas, disebabkan penambahan para panglima perkhidmatan tentera dan beberapa menteri tanpa portfolio.

Kabinet_Hitler

Opposition party Parti Pusat
Parti Demokratik Sosial Jerman
Parti Komunis
Ketua negeri Paul von Hindenburg (hingga 2 Ogos 1934)
Adolf Hitler (1934-1945)
Ketua pembangkang Otto Wels
Status dalam badan perundangan Nazi memimpin kerajaan campuran (hingga Jun 1933)
Nazi kerajaan satu parti (selepas Jun 1933)
Timbalan ketua kerajaan Franz von Papen (30 Januari 1933 – 7 Ogos 1934)
Member party Parti Nazi
Parti Rakyat Kebangsaan Jerman (dibubarkan pada 27 Jun 1933)
Ketua kerajaan Adolf Hitler
Tarikh dibubarkan 30 April 1945
Istilah perundangan Badan perundangan ke-7 Reichstag
Pengganti Kabinet Goebbels
Tarikh dibentuk 30 Januari 1933
Pilihan raya Pilihanraya umum Jerman, November 1932
Pendahulu Kabinet von Schleicher