Naib_Canselor_Jerman
Naib_Canselor_Jerman

Naib_Canselor_Jerman

Timbalan kepada Canselor Persekutuan (Bahasa Jerman: Stellvertreter des Bundeskanzlers), lebih dikenali sebagai Naib Canselor (Bahasa Jerman: Vizekanzler) Jerman[1] adalah, menurut protokol, jawatan kedua tertinggi dalam Kabinet Jerman. Jawatan ini setaraf dengan timbalan perdana menteri dalam sistem berparlimen yang lain. Naib Canselor Jerman ke-17 dan terkini adalah Sigmar Gabriel, yang telah dilantik ke jawatan itu pada 17 Disember 2013 dan juga berkhidmat sebagai Menteri Luar Negeri Persekutuan.