Perubahan Kabinet_Hitler

  • Mac 1933: Joseph Goebbels memasuki kabinet sebagai Menteri Propaganda.
  • April 1933: Franz Seldte menjadi ahli NSDAP; Göring mengambil portfolio Menteri Penerbangan.
  • Jun 1933: Kurt Schmitt menggantikan Hugenberg sebagai Menteri Ekonomi. Richard Walther Darré menggantikan Hugenberg sebagai Menteri Makanan.
  • Disember 1933: Ernst Röhm dan Rudolf Hess memasuki Kabinet sebagai Menteri tanpa Portfolio.
  • Mei 1934: Bernhard Rust memasuki Kabinet sebagai Menteri Sains dan Pendidikan.
  • Jun 1934: Hanns Kerrl memasuki Kabinet sebagai Menteri tanpa Portfolio. Röhm, Menteri tanpa Portfolio, di bunuh.
  • Julai 1934: Göring mengambil portfolio lain sebagai Menteri Perhutanan.
  • Ogos 1934: Naib Canselor Franz von Papen meninggalkan kabinet. Naib Canselor baru tidak dilantik. Hjalmar Schacht menggantikan Schmitt sebagai Menteri Ekonomi.
  • Disember 1934: Hans Frank memasuki Kabinet sebagai Menteri tanpa Portfolio.
  • Mac 1935: Göring mengambil lagi portfolio lain sebagai Panglima Besar Luftwaffe.
  • Mei 1935: Jawatan Menteri Pertahanan digantikan oleh Menteri Perang. Jawatan Blomberg kekal.
  • Julai 1935: Hanns Kerrl mengambil portfolio sebagai Menteri Hal Ehwal Gereja.
  • April 1936: Werner von Fritsch, Panglima Besar Tentera Darat, dan Erich Raeder, Panglima Besar Tentera Laut, menyertai Kabinet.
  • Februari 1937: Wilhelm Ohnesorge menggantikan Eltz sebagai Menteri Pos. Julius Dorpmüller menggantikan Eltz sebagai Menteri Pengangkutan.
  • November 1937: Hermann Göring menggantikan Schacht sebagai Menteri Ekonomi. Schacht menjadi Menteri tanpa Portfolio.
  • Disember 1937: Otto Meissner memasuki Kabinet sebagai Menteri Negara dan Ketua Canseleri.
  • Januari 1938: Walther Funk menggantikan Göring sebagai Menteri Ekonomi.
  • Februari 1938: Joachim von Ribbentrop menggantikan Neurath sebagai Menteri Luar Negeri. Neurath menjadi Menteri tanpa Portfolio. Blomberg meletakkan jawatan sebagai Menteri Perang dan jawatannya dimansuhkan. Peranannya diambil oleh Jeneral Wilhelm Keitel sebagai Ketua OKW. Walther von Brauchitsch menggantikan Fritsch sebagai Panglima Tentera Darat.
  • Mei 1939: Arthur Seyss-Inquart memasuki Kabinet sebagai Menteri tanpa Portfolio.
  • Mac 1940: Fritz Todt menjadi Menteri Persenjataan dan Amunisi.
  • Januari 1941: Franz Schlegelberger menggantikan Gürtner sebagai Menteri Undang-Undang.
  • Mei 1941: Rudolf Hess dipecat daripada Kabinet.
  • Julai 1941: Alfred Rosenberg memasuki Kabinet sebagai Menteri Wilayah Taklukan Timur.
  • Disember 1941: Hanns Kerrl, Menteri Agama Kristian, meninggal dunia. Beliau tidak diganti. Hitler sendiri mengambil alih jawatan Panglima Besar Tentera Darat.
  • Februari 1942: Albert Speer menggantikan Todt sebagai Menteri Senjata dan Amunisi.
  • Mei 1942: Herbert Backe menggantikan Darré sebagai Menteri Makanan.
  • Ogos 1942: Otto Georg Thierack menggantikan Schlegelberger sebagai Menteri Undang-Undang.
  • Januari 1943: Karl Dönitz menggantikan Raeder sebagai Panglima Besar Tentera Laut.
  • Januari 1943: Hans Lammers dilantik Presiden Kabinet Reich (Presiden Kabinet semasa ketiadaan Hitler)
  • Januari 1943: Hjalmar Schacht meninggalkan Kabinet.
  • Jun 1943: Kuasa kementerian Albert Speer diperluaskan untuk menjaga seluruh industri perang Jerman, dan dinaik taraf ke Menteri Persenjataan dan Pengeluaran Perang.
  • Ogos 1943: Heinrich Himmler menggantikan Frick sebagai Menteri Dalam Negeri.
  • Ogos 1943: Konstantin Hierl memasuki Kabinet sebagai Menteri tanpa Portfolio.