Keluaran Escape

Escape pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada 19 Mac, namun ditunda kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan di seluruh negara akibat penularan pandemik COVID-19 yang turut mengakibatkan penutupan pawagam di seluruh Malaysia. Tarikh tayangan baru untuk filem ini akan diumumkan kelak.[4] Menurut kenyataan pengarahnya, Ikhwansha:

"Setelah diteliti, dikaji dan mendengar pandangan dan nasihat daripada beberapa pihak, maka pihak produksi mengambil keputusan untuk menundakan tarikh tayangan filem Escape ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang banyak menyokong dan membantu untuk mempromosikan filem Escape ini,".[5]