Eucalyptus
Eucalyptus

Eucalyptus

Eucalyptus /ˌjuːkəˈlɪptəs/[2] ialah sebuah genus yang mengandungi lebih 700 spesies pohon genera lain dalam tribus Eucalypteae yang mengandungi lebih 700 spesies pohon berbunga, pokok, pokok renek atau mallee dalam famili mirtil. Tumbuhan ini dikenali am sebagai eucalypts, seiring dengan genera lain dalam tribus Eucalypteae. Tumbuhan dalam genus Eucalyptus memiliki kulit yang licin, berserabut, keras atau berserat. Daunnya pula memiliki kelenjar minyak; sepal dan ranggi bercantum dan membentuk "tetopi" atau operkulum yang melitupi stamen. Buahnya merupakan kapsul berkayu dan dalam bahasa Inggeris sering dipanggil gumnut. Kebanyakan spesies Eucalyptus merupakan tumbuhan asli Australia dan di negara itu setiap negeri dan wilayah memiliki spesies wakil. Sebahagian besar hutan Australia terdiri daripada spesies Eucalyptus dan lebih kurang tiga suku hutan Australia ialah hutan Eucalypt. Kebakaran selar liar ialah sebahagian daripada landskap Australia dan banyak spesies Eucalypt telah berubah suai kepada keadaan ini dan dapat tumbuh semula selepas kebakaran berlaku, ataupun memiliki benih yang tahan bakar.