Eulogi

Eulogi [éu-lo-gi,[1] éu-lo-ji] (berakar daripada bahasa Yunani εὐλογία, eulogia "pujian" menggabungkan eu "benar" dan logia "perkataan" melalui Bahasa Latin: eulogium.[2]) ialah ucapan atau tulisan yang dikarang dan disampaikan kepada orang ramai dengan tujuan memuji kebaikan seseorang yang baru sahaja bersara ataupun yang telah meninggal dunia.[3][4][5]Eulogi untuk orang yang telah meninggal dunia lazimnya disampaikan waris atau sahabat handai si mati,[6] eulogi yang dikhususkan untuk orang masih hidup yang bersara lazim disampaikan rakan sekerja atau seperjuangan yang tua. Pengarangan seumpama adakala juga disampaikan untuk tempat atau benda tidak bernyawa tertentu, namun ia kurang lazim dilakukan.