Sejarah Europlug

Rekaan Europlug mula muncul pada tahun 1963 sebagai Lembaran Piawaian XVI di dalam edisi kedua Suruhanjaya Antarabangsa Mengenai Peraturan Pengesahan Peralatan Elektrik (CEE) Terbitan ke-7[2], satu dokumen yang merumuskan kesemua plag dan soket AC domestik kebangsaan di serata Eropah. Europlug juga dirujuk sebagai plag "CEEĀ 7/16". Ia juga diterima pada tahun 1975 sebagai plag C5 dalam Laporan Teknikal 83 Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (IEC) (kini IEC/TR 60083[3]), serta sebagai piawaian Eropah EN 50075[1] pada Julai 1990.