Sejarah Eyalet_Bosnia

Penubuhan

Eyalet Bosnia pada tahun 1609

Pada tahun 1580, Ferhad Pasha Sokolović menjadi gabenor pertama di Eyalet Bosnia, sebagai seorang beylerbey (juga dirujuk sebagai "pasha").[5] Eyalet Bosnia (atau Pashaluk) terdiri daripada Sanjak Bosnia (wilayah tengah), Sanjak Herzegovina, Sanjak Vučitrn, Sanjak Prizren, Sanjak Klis, Sanjak Krka, dan Sanjak Pakrac.[5]

Kempen peperangan Uthmaniyyah di Eropah berlangsung sepanjang tempoh ini, dan wilayah ini mencapai kemuncaknya pada tahun 1683.

Kejatuhan

Perang Turki Agung yang berakhir dengan kekalahan Uthmaniyyah pada tahun 1699 membawa kemorosotan besar di wilayah Eyalet ini. Selepas Perjanjian Karlowitz, wilayah ini dipecahkan menjadi empat buah sanjak (tiga daripadanya juga berkurang dari segi saiz) dan dua belas kekaptenan. Sebelum Perjanjian Passarowitz, 28 buah kekaptenan ketenteraan diasaskan, lebih separuh daripadanya berada di sepanjang perbatasan. Pentadbiran ketenteraan seperti ini berdasarkan Perbatasan Ketenteraan Austria di sebelah sempadan yang bertentangan. Pada tahun 1703, kedudukan pasha dipindahkan daripada Sarajevo ke Travnik, di sebabkan Sarajevo telah musnah dalam kebakaran semasa perang; dan tidak dipindahkan semula sehingga tahun 1850.[6]

Pemberontakan Bosnia

Husein Gradaščević diistiharkan sebagai seorang gabenor bagi Eyalet Bosnia pada tahun 1831 dan memberontak menentang Uthmaniyyah untuk mendapatkan kemerdekaan Bosnia.
Rencana utama: Pemberontakan Bosnia

Pada permulaan kurun ke-19, Bosnia merupakan salah sebuah daripada wilayah yang kurang membangun dan memiliki lebih banyak kuasa autonomi dalam empayar Uthmaniyyah.[7] Pada tahun 1831, kapudan Bosnian Husein Gradaščević menduduki Travnik, menuntut autonomi dan penamatan pembaharuan ketenteraan di Bosnia.[2] Akhirnya, dengan menggunakan permusuhan antara para bey dan kapudan, wizurai besar berjaya menggagalkan tentera Herzegovinia yang mana diketuai oleh Ali-paša Rizvanbegović, daripada Gradaščević’s.[2] Pemberontakan ini dihapuskan dan pada tahun 1833, sebuah eyalet Herzegovina baru diasaskan di bahagian selatan eyalet Bosnia dan dianugerahkan kepada Ali-paša Rizvanbegović sebagai imbuhan atas sumbangan beliau menghancurkan pemberontakan ini.[2] Entiti baru ini hanya bertahan selama beberapa tahun: selepas kematian Rizvanbegović, ia dimasukan semula ke dalam Eyalet Bosnia.

Ia merupakan wilayah pertama Uthmaniyyah yang menjadi sebuah vilayet selepas pembaharuan pentadbiran pada tahun 1865, dan menjelang tahun 1867 ia direformasikan ke dalam Vilayet Bosnia.[8]

Gabenor

Rujukan

WikiPedia: Eyalet_Bosnia http://www.camo.ch/PDFO/OmerBiH.pdf http://www.camo.ch/bojpodbl.htm http://www.bhdani.com/arhiva/246/t24605.shtml http://books.google.com/books?id=QjzYdCxumFcC&pg=P... http://books.google.com/books?id=Rf8P-7ExoKYC&pg=P... http://books.google.com/books?id=V9DtlRfO6JMC&pg=P... http://books.google.com/books?id=zSNUAAAAYAAJ&pg=P... http://www.worldstatesmen.org/Bosnia.html https://books.google.com/books?id=FN0TAAAAYAAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=UAVCAAAAYAAJ&pg=...