Kerjaya Eyra_Hazali

Keluarga Eyra merupakan orang ternama dalam bidang seni. Bapanya, Hazali merupakan pengarah drama TV terkenal, malah adik-beradik beliau termasuk abangnya, Haziq Aqmal juga bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak kecil.[5] Beliau berkata dalam temuramah bersama Berita Harian:

"Darah seni memang mengalir dalam keluarga saya. Ayah saya seorang pengarah drama. Malah, adik-beradik saya yang lain pun turut berlakon sejak kecil. Kami bagai meneruskan kelangsungan warisan seni orang tua. Ayah dan ibu juga tidak menghalang pembabitan kami dalam seni selagi bab pelajaran diutamakan,"[5]

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada usia enam tahun dan sering muncul dalam rancangan televisyen kanak-kanak.[6] Hanya pada tahun 2010, Eyra mula dikenali menerusi watak anak jalanan bernama Amira dalam telefilem Anak-Anak Lorong. Persembahannya dalam telefilem ini melayakkan beliau memenangi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2010.[7]

Beliau bersama abangnya, Haziq pernah menjayakan peranan kecil sebagai Shila dan Najib semasa zaman kanak-kanak dalam drama keagamaan Astro Oasis, Cinta Sempurna yang dibintangi oleh Tunku Tiara Yasmin Sofia dan Fizo Omar serta penampilan khas dari penyanyi Yuna. Eyra memegang watak Nadrah dalam filem sulung lakonannya, Tiang Seri yang ditayangkan pada 2013.

Eyra juga pernah muncul dalam muzik video lagu "Andainya Takdir" nyanyian Anuar Zain, yang mana beliau memegang watak sebagai anak kepada Sharifah Sakinah dan Anuar.[8]

Nama beliau mula mencuri perhatian umum menerusi watak lakonannya sebagai Nisa Ardina dalam siri drama adaptasi novel, Mr. Grey yang menggandingkan beliau bersama Fendy Bakry, yang bersiaran di Astro Ria.[9][10][11]

Beliau muncul telefilem antologi cerpen Kahwin-Kahwin (Antologi Cerpen) untuk saluran Astro Citra arahan Eyra Rahman. Beliau akan membawakan tiga watak berlainan didalam tiga cerita berbeza. Kali ini, beliau sekali lagi bergandingan dengan heroinnya dalam Mr. Grey, Fendy Bakry.

Rujukan

WikiPedia: Eyra_Hazali http://www.90minit.com/uncategorized/iniah-biodata... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/mungkin-a... http://www.encikshino.com/biodata-artis-eyra-hazal... http://ramenpedas.com/2018/04/biodata-eyra-hazali-... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/48... http://www.kosmo.com.my/hiburan/eyra-hazali-berhij... http://www.kosmo.com.my/hiburan/eyra-sentiasa-jaga... http://www.kosmo.com.my/hiburan/transisi-lakonan-e... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/eyra-hazali-... https://www.facebook.com/EyraHazali