Ezzrin_Loy

Ahmad Ezzrin Loy bin Ahmad Sabri (Jawi: احمد ايززرين لوي) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi watak sebagai Ayyad dalam siri komedi Ayyad yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2008. Kakak kandungnya iaitu Ezzrin, Nurul Elfira Loy dan Nurul Ezliza Loy, juga merupakan pelakon remaja.[1]Selain banyak muncul menerusi watak komedi, Ezzrin pernah mendapat pujian apabila berjaya membawa peranan yang lebih mencabar seperti kanak-kanak hyperaktif dalam drama Nenek Dara serta persembahan mengejutkan dalam drama Anak Rintih. Beliau juga muncul dalam siri TV Qalesya yang turut dibintangi kakaknya.Dia juga pernah membintangi sebuah telemovie terbitan Astro Ria berjudul 'Biar Mimpi Sampai Ke Bintang' yang turut dibintangi oleh pelakon terkenal Elfira Loy dan Randy Pangalila dari Indonesia.

Ezzrin_Loy

Pekerjaan Pelakon, model, pengacara
Ibu bapa Ahmad Sabri (bapa)
Filzah Yusoff (ibu)
Tahun aktif 2008–kini
Saudara Ahmad Ezzraa (abang)
Nurul Elfira Loy (kakak)
Nurul Ezlisa Loy (adik)
Kelahiran Ahmad Ezzrin Loy bin Ahmad Sabri
(1997-06-30) 30 Jun 1997 (umur 22)
Kuala Lumpur, Malaysia

Berkaitan