F-100_Super_Sabre
F-100_Super_Sabre

F-100_Super_Sabre

North American F-100 Super Sabre merupakan pesawat pejuang yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat bermula pada 1954 sehingga 1971 dan Pengawal Udara Kebangsaan sehingga 1979. Sebagai koleksi jet pejuang Tentera Udara A.S pertama dalam Siri Century, ia boleh mencapai kelajuan supersonik di dalam penerbangan separas, dan diperbuat daripada banyak bahan titanium di seluruh badan pesawat.[2]F-100 asalnya direka sebagai sebuah pesawat penguasaan udara yang lebih baik berbanding dengan F-86 Sabre.[3] Digunakan sebagai sebuah pesawat pejuang-pengebom, F-100 akan diambil alih dalam kelas Mach 2 oleh pesawat F-105 Thunderchief untuk misi serangan ke atas Vietnam Utara. F-100 telah digunakan dengan ekstensif di Vietnam Selatan sebagai pesawat sokongan bagi misi sokongan udara dekat utama bagi Tentera Udara A.S sehingga ia digantikan dengan pesawat subsonik yang lebih cekap iaitu A-7 Corsair II[4] F-100 juga telah digunakan oleh beberapa buah negara NATO dengan negara-negara sekutu Amerika Syarikat. Semasa hari-hari terakhirnya, ia kadang kala dirujuk sebagai "The Hun", iaitu singkatan bagi "one hundred."