F-11_Tiger
F-11_Tiger

F-11_Tiger

Grumman F11F/F-11 Tiger merupakan sebuah pesawat pejuang satu tempat duduk yang dioperasikan di atas kapal pengangkut pesawat milik Tentera Laut Amerika Syarikat semasa tahun 1950-an hingga 1960-an. Asalnya, pesawat ini didesignasikan sebagai F11F Tiger pada April 1955 di bawah sistem gelaran Tentera Laut sebelum 1962, ia kemudian dinamakan semula sebagai F-11 Tiger di bawah sistem gelaran pesawat Tiga Perkhidmatan Amerika Syarikat 1962. F11F/F-11 juga digunakan oleh pasukan aerobatik Tentera Laut A.S iaitu Blue Angels bermula pada 1957 hingga 1969. Grumman Aircraft Corporation telah mengeluarkan kira-kira 200 buah pesawat Tiger, dengan penghantaran terakhir dibuat pada 23 Januari 1959.

F-11_Tiger

Penerbangan sulung 30 Julai 1954
Pengguna utama Tentera Laut Amerika Syarikat
Diperkenalkan 1956
Peranan Pesawat pejuang
Jumlah dibina 200
Dikeluarkan 1954-1959
Dihentikan 1961 (kapal pengangkut)
1967 (latihan)
1969 (Blue Angels)
Pengeluar Grumman