F-84_Thunderjet
F-84_Thunderjet

F-84_Thunderjet

Republic F-84 Thunderjet adalah sebuah jet pejuang-pengebom buatan Amerika Syarikat. Bermula pada tahun 1944 sebagai cadangan bagi sebuah pesawat "pejuang siang" untuk Pasukan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat, F-84 muladiterbangkan pada tahun 1946. Meskipun memasuki perkhidmatan pada tahun 1947, Thunderjet mengalami banyak masalah struktur dan enjin memaksa Pasukan Udara pada tahun 1948 mengistiharkan bahawa pesawat ini tidak mampu melaksanakan misi dan mempertimbangkan untuk membatalkan program ini. Pesawat ini dianggap tidak beroperasi sepenuhnya sehingga tahun 1949 apabila rekabentuk matang F-84D dibangunkan dan versi F-84G mula diperkenalkan pada tahun 1951. Pada tahun 1954, pesawat sayap lurus Thunderjet bergabung dengan pesawat pejuang sayap sapu F-84F Thunderstreak dan pesawat pengawasan RF-84F Thunderflash.