F2H_Banshee
F2H_Banshee

F2H_Banshee

McDonnell F2H Banshee adalah sebuah pesawat pejuang berkuasa jet yang berpangkalan di atas kapal pengangkut pesawat. Ia telah digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat bermula pada tahun 1948 sehingga 1959 dan Tentera Udara Diraja Kanada bermula pada tahun 1955 sehingga 1962. Banshee memiliki sayap lurus, satu tempat duduk dan dua enjin. Bersama-sama pesawat F9F Panther, Banshee adalah merupakan salah satu pesawat satu tempat duduk utama yang dioperasikan oleh Tentera Laut A.S semasa Perang Korea. Nama pesawat ini terbit daripada mitos Celtic, banshee atau "pari-pari perempuan".