F3D_Skyknight
F3D_Skyknight

F3D_Skyknight

Douglas F3D Skyknight, (kemudian F-10 Skyknight) merupakan sebuah pesawat pejuang berenjin berkembar, yang dikeluarkan oleh Douglas Aircraft Company di El Segundo, California, Amerika Syarikat. F3D telah direka sebagai sebuah pesawat semua keadaan cuaca untuk dioperasikan di atas kapal pengangkut pesawat. Pesawat ini telah berkhidmat dengan Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat, dan berjaya menjatuhkan beberapa pesawat MiG-15 di Korea. Pesawat ini turut digunakan sebagai pelantar peperangan elektronik di dalam konflik Vietnam. Secara tidak rasmi, kadang-kala pesawat ini dipanggil sebagai "Skynight", dengan menggugurkan huruf kedua "k".