FL_Studio

FL Studio (dahulu dikenali sebagai FruityLoops) ialah stesen kerja audio digital yang dibangunkan syarikat Belgian Image-Line.[1] FL Studio menyediakan antara muka grafik pengguna berdasarkan pengatur muzik secara bercorak. Program ini didapati dalam 4 edisi berbeza untuk Microsoft Windows dan macOS, termasuk Edisi Fruity, Edisi Producer, Edisi Signature dan Pakej Semua Plugin. Image-Line menawarkan penaiktarafan percuma sepanjang hayat pada program ini, maka pelanggan menerima semua penaiktarafan perisian pada masa hadapan secara percuma. Image-Line juga membangunkan FL Studio Mobile untuk iPod Touch, iPhone, iPad dan peranti Android.

FL_Studio

Tapak sesawang image-line.com
Keluaran stabil 20 / 22 Mei 2018; 22 bulan yang lalu (2018-05-22)
Keluaran pertama 18 Disember 1997; 22 tahun yang lalu (1997-12-18) (as FruityLoops)
Sistem pengendalian macOS, Windows
Pembangun Image-Line Software
Terdapat dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Belanda
Jenis Stesen kerja audio digital