FNSS_Pars
FNSS_Pars

FNSS_Pars

Pars (bahasa Turki untuk Harimau bintang Anatolia) adalah satu keluarga kenderaan tempur berperisai dengan versi 4×4, 6×6, and 8×8. Ia dikeluarkan oleh FMC-Nurol Defense Systems dari Turki dengan kerjasama syarikat dari Amerika Syarikat iaitu General Purpose Vehicles.[1] Pars versi 6x6 telah dicadangkan kepada Tentera Darat Turki dan pada tahun 2006 versi 8x8 telah diuji oleh Tentera Darat Malaysia bersama-sama Piranha IIIC buatan Switzerland dan Patria AMV buatan Finland. Akan tetapi sehingga kini, Malaysia belum memutuskan untuk memperolehi kenderan-kenderaan ini. Pada tahun 2008, Pars 8x8 juga telah diuji dalam ujian padang pasir di Emiriah Arab Bersatu dan melengkapkan ujian padang pasir dan jalan sejauh 11,000 km dengan jayanya.

FNSS_Pars

Tempat asal  Turki
Tinggi 2.17 m
Senjatakedua Mesingan sepaksi 7.62 mm
Lebar 2.7 m
Kelajuan 100 km/j (62 bsj)
Senjatapertama 25 mm M242 Bushmaster
Sistem ampaian Suspensi pneumatik semi-automatik kawalan komputer
Kuasa/berat 20.4 hingga 24.5 hp/tan
Berat 16,000 hingga 24,500 kg
Panjang 6.1 (4×4), 6.6 (6×6), 8 m (8×8)
Pereka FNSS
Armor Asas 7.62mm AP di sekeliling sehingga STANAG-4569 Tahap 4
Enjin enjin diesel Deutz atau Caterpillar
300-450 hp (4×4), 500-600 hp (6×6 dan 8×8)
Krew 6 (4×4), 10 (6×6), 14 (8×8)
Jarakoperasi 1000 km (621 batu)
Pengeluar FNSS
Jenis Kenderaan tempur berperisai