Sejarah FRETILIN

Pembentukan

Parti ini ditubuhkan dahulunya sebagai Associação Social-Democrata Timorense (ASDT, "Persatuan Demokrat Sosial Timor") pada 20 Mei 1974[1] sebelum ia dinamakan semula sebagai FRETILIN pada 11 September tahun sama serta mendokong fahaman ryang lebih radikal dengan mengakui sebagai "satu-satunya wakil [orang Timor Timur] yang sah”.[2] Suatu sayap tentera bernama Falintil ditubukan pada Ogos tahun berikutnya sebagai tindak balas dalam suatu perang saudara terhadap União Democrática Timorense (UDT).[3]

FRETILIN mengisytiharkan kemerdekaan Timor Leste dari kuasa Portugis secara rasmi pada 28 November 1975.[4]

Ketika konflik dengan Indonesia

Pada 13 Disember 1978, Nicolau Lobato iaitu bakal pennganti do Amaral dibunuh Tentara Nasional Indonesia.[5] Mau Lear mengambil alih kekosongan jawatan tersebut sehingga beliau turut dijejaki serta dihukum bunuh pihak Indonesia pada 2 Februari 1979.[5]

Penghidupan semula

Parti ini dihidup semula di bawah pimpinan Xanana Gusmão yang lebih berfahaman moderat.[6]

Marxisme-Leninisme diisytiharkan sebagai pegangan rasmi parti ini dari Mac 1981 sehingga April 1984 di mana fahaman tersebut ditinggalkan bagi meraih sokongan UDT dan pihak Gereja Katolik.[7]