Faisal_Shahzad
Faisal_Shahzad

Faisal_Shahzad

Faisal Shahzad (Urdu: فیصل شہزاد‎; lahir 30 Jun 1979) ialah seorang warga Amerika kelahiran Pakistan yang cuba mengebom Times Square dengan kereta pada 1 Mei 2010. Pada 21 Jun, 2010, di Mahkamah Daerah Persekutuan di Manhattan, beliau mengaku bersalah atas 10 tuduhan daripada cubaan itu. Sepanjang kehadirannya di mahkamah, Shahzad tidak menunjukkan rasa sesal, apalagi peguambela Amerika Syarikat tidak membayangkan apa-apa rayuan, maka Shahzad berdepan hukuman penjara seumur hidup mandatori.[5]Shahzad ditangkap oleh para pegawai kastam AS[6][7] kira-kira 53 jam selepas cubaan itu,[8] pada 11:45 p.m. EDT pada 3 Mei 2010. Kemudian beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarbangsa John F. Kennedy, selepas menaiki Penerbangan 202 Emirates ke Dubai.[2][9][10] Beliau sepatutnya ke destinasi akhirnya di Islamabad, Pakistan.Pada 4 Mei, difailkan aduan persekutuan yang mendakwa bahawa Shahzad melakukan lima jenayah berkaitan pengganasan, termasuk cubaan menggunakan senjata pemusnah besar-besaran.[11] Shahzad terpaksa mengetepikan hak perlembagaannya demi mencepatkan pembicaraan.[2][3][6][12]Shahzad dilaporkan melibatkan diri dalam jenayah-jenayah tersebut, serta memberikan maklumat kepada pihak berkuasa sejak ditahan selepas menerima amaran Miranda.[6][13] CBS News melaporkan bahawa Shahzad mengaku berlatih membuat bom di kem pengganas yang dikendali oleh sebuah paksi militan Islamiah di kawasan Waziristan di Pakistan.[3] Pada 7 Mei, Shahzad masih menjawab soalan sambil menyalurkan maklumat kepada para penyiasat.[12]Pada 5 Oktober 2010, Shahzad dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang mendapat parol setelah mengaku bersalah atas indikmen 10 tuduhan pada bulan Jun, termasuk tuduhan komplot menggunakan senjata pemusnah besar-besaran dan cubaan pengganasan.[14]

Faisal_Shahzad

Pekerjaan Bekas penganalisis kewangan
Ibu bapa Bapa, bekas Naib Marsyal Udara Tentera Udara Pakistan Baharul Haq[4]
Kerakyatan Pakistan/Amerika Syarikat
Pasangan Huma Asif Mian[3]
Anak 2
Denda jenayah 5 dakwaan jenayah berkait keganasan:
1) Cubaan menggunakan senjata pemusnahan meluas;
2) Cubaan membunuh dan mencacatkan orang di A.S.;
3) Membawa dan menggunakan alatan memusnah;
4) Mengangkut peralatan letupan;
5) Cubaan merosakkan bangunan, kenderaan dan hartanah lain[2][3]
Terkenal kerana Ditahan sebagai suspek utama cubaan bom kereta Times Square 2010
Warganegara Amerika Pakistan
Status jenayah Ditahan, didakwa, menanti pendakwaan rasmi oleh juri agung persekutuan
Berat 165 paun[1]
Saudara 3 adik-beradik
Penalti jenayah Jika disabitkan, boleh sehingga penjara seumur hidup.[2]
Kelahiran (1979-06-30) 30 Jun 1979 (umur 40)
Pakistan
Ketinggian 5 kaki 11 inci[1]
Pusat pendidikan Southeastern University; University of Bridgeport (B.A. dalam sains komputer dan kejuruteraan (2002); M.B.A. (2005))
Kediaman Bridgeport, Connecticut, A.S.

Rujukan

WikiPedia: Faisal_Shahzad http://www.cbsnews.com/8301-31727_162-20004128-103... http://www.cbsnews.com/8301-503544_162-20004108-50... http://www.cbsnews.com/htdocs/pdf/shahzad.pdf?tag=... http://www.newstimes.com/news/article/Exclusive-Do... http://www.nydailynews.com/ny_local/2010/05/04/201... http://www.nytimes.com/2010/05/06/nyregion/06bomb.... http://www.nytimes.com/2010/05/16/nyregion/16suspe... http://www.nytimes.com/2010/06/22/nyregion/22terro... http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/artic... http://online.wsj.com/article/SB100014240527487044...