Falseto

Suara LelakiKaitanIstilah falseto [fal-sé-to] (pinjaman bahasa Itali; falsetto terbitan falso), merujuk kepada tingkat suara (vocal register) yang memenuhi julat frekuensi di atas tingkat suara mod (modal voice register) dan juga yang bertindan dengannya oleh sekurang-kurangnya satu oktaf (octave). Corak suara ini terhasil dari getaran sudut–sudut ligamen sama ada pada keseluruhan atau sebahagian daripada pita suara (vocal cords). Walaupun istilah ini kerap digunakan untuk merujuk kepada satu-satu model tertentu dalam pengeluaran suara nyanyian, namun suara falseto juga berlaku di dalam percakapan dan juga sebagai salah satu daripada empat tingkat suara (vocal register) yang dikenal pasti di dalam patologi percakapan. Ciri-ciri suara falseto adalah seperti nada siulan bercampur bunyi seruling dengan resonan semula jadi atau frekuensi getaran (overtones). Suara falseto adalah lebih terhad dalam variasi dinamik dan kualiti nada berbanding dengan suara modal (modal voice) dalam percakapan dan nyanyian. Daftar falseto boleh dihasilkan oleh lelaki dan wanita.[1]Istilah falseto lebih kerap digunakan dalam konteks nyanyian untuk merujuk kepada teknik pemalsuan suara yang membolehkan para penyanyi menyanyikan not-not muzik yang melebihi julat suara normal.[2]