Sejarah Family_Guy

Rencana utama: Sejarah Family Guy

Musim pertama dan kedua Family Guy ditayangkan pada tahun 1999 selepas filem Larry shorts (pendahulunya) menarik perhatian Fox Broadcasting Company semasa iklan Super Bowl 1999. Pembatalannya kemudian diumumkan, akan tetapi sebuah peralihan kuasa di Fox serta bantahan yang kuat daripada para peminat menyebabkan kebalikan keputusan dan selepas penayangan musim ketiga, ia dibatalkan semula. Penayangan semula oleh Adult Swim yang menarik banyak peminat serta jualan DVDnya yang melebihi 2.2 juta salinan setiap tahun menyebabkan minat Fox dibaharui.[3] Penerbitan Family Guy disambung semula pada tahun 2004, dengan dua musim tambahan (lima pada jumlahnya) serta filem terus-ke-DVD, Stewie Griffin: The Untold Story, dihasilkan. Musim keenam mula disiarkan pada musim luruh 2007, dengan pertunjukan itu merayakan episod ke-100 dan menyebabkan pensindiketan pertunjukan tersebut.[4] Pertunjukan itu telah dibaharui untuk musim ketujuh, dengan siarannya dijadualkan untuk musim luruh 2008.