Fangire

Puak Fangire (ファンガイア族, Fangaia Zoku) puak dongeng yang berdasarkan pontianak di dalam drama Kamen Rider Kiva. Mereka merupakan pontianak yang seolah-olah berasal daripada kaca keras dan menyedut "Roh Tenaga" (ライフエナジー, Raifu Enajī) manusia untuk hidup. Semua ahli puak Fangire mampu muncul kekal dengan bentuk badan manusia apabila mereka menyedut "Roh Tenaga" manusia dengan menggunakan taring kaca mereka. Oleh itu, mereka mampu menjalankan aktiviti mereka secara senyap tanpa diketahui masyarakat tempatan. Apabila "Roh Tenaga" manusia disedut, manusia berkenaan akan bertukar menjadi lutsinar seperti kaca, dan kadang-kadang badan kaca ini hancur berkecai apabila disentuh. Setiap puak Fangire berasal dari kaum-kaum kecil, yang nama kaum-kaum ini diambil dari binatang atau makhluk-makhluk dongeng. Setiap puak pula berasal dari suku tertentu. Tambahan pula, apabila Fangire ini bertukar bentuk, mereka menyerupai bentuk binatang. Malah, mereka juga mempunyai nama asal dan jangka hayat lebih dari 300 tahun, sekiranya tidak dihapuskan. Apabila ahli Fangire mati, badan mereka akan bertukar menjadi kaca dan berkecai. Mana-mana Fangire yang dibunuhkan oleh Kiva bertukar menjadi kaca manakala "roh" mereka dikurung di dalam badan Castle Doran. Sekiranya "roh" itu gagal dikurung, ia akan terlesap atau bergabung dengan mana-mana "roh' yang lain menjadi raksasa aura yang dipanggil Sabbat (サバト, Sabato). Kamen Rider IXA versi 10 pula mampu memusnahkan badan dan roh Fangire secara menyeluruh.