Kerjaya Faralyna_Idris

Sejak kematian ibunya, Jalaliah "Julie" Ismail, Faralyna dan keluarganya mula mengalami masalah kewangan. Pernah satu ketika dulu beliau ponteng sekolah kerana malu tidak membayar yuran kerana beliau bersekolah di sekolah swasta. Atas saranan Norsiah Ramli, ibu kepada pelakon Diana Danielle yang merupakan satu sekolah dengannya menyarankan agar Faralyna menceburi bidang lakonan untuk menyara diri. Pada mulanya Faralyna ingin mencuba dan pergi menghadiri uji bakat untuk drama terbaru Aziz M. Osman. Tidak disangka Aziz menyukai lakonannya. Disitulah bermulanya kerjaya Faralyna. Antara drama yang pernah dibintanginya dan memegang watak utama adalah Sutera Cinta, Kali Kedua, Fira Ayuni, Kampus, Dingin Lavenda, Asmara, Asmara 2, Rawan, Fajar Aiman dan banyak lagi.[2][3]