Biografi Farawahida_Razali

Farawahida yang berasal dari Taiping, Perak sememangnya mula meminati bidang seni sejak di bangku sekolah lagi. Pada zaman kanak-kanaknya, Fara sudah mula menyertai beberapa pertandingan nyanyian. Ketika itu beliau masih belum cukup matang dan perlu menamatkan pengajiannya bagi menentukan masa hadapan. Akhirnya, impian beliau untuk bergelar penyanyi telah tercapai. Sebenarnya, pada peringkat awal, Farawahida hanya diundang oleh MillenniumArt (MA) untuk menyanyikan lagu tema ‘Masih Ada Rahsia’ untuk drama bersiri Ika terbitan Eurofine yang ditayangkan untuk ASTRO. Selepas itu, barulah MA melamar Fara menjadi artis rakamannya.

Memandangkan suasana industri muzik yang kurang memberansangkan, pihak MA, telah mengambil keputusan untuk membuat album mini dahulu untuk Fara, sebagai langkah pertama untuk memperkenalkan Fara di persada dunia hiburan. Pada masa yang sama, Fara terus mendapat peluang untuk menyanyikan lagu tema filem dan drama bersiri. Farawahida telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema untuk filem ‘Cinta Luar Biasa’ terbitan Tayangan Unggul, arahan Rashid Sibir dan lakonan Apek, Nasha, Hans dan Syanie. Dua buah lagu terdapat dalam filem tersebut iaitu ‘Masihkah Ada’ duet bersama Puteh dan ‘Mungkinkah’. Fara juga diundang Oleh Habsah Hassan untuk menyanyikan lagu tema drama bersiri Tentera Udara Malaysia ‘Menerjah Awan’ terbitan Serangkai Filem untuk siaran RTM. Lagu ‘Menerjah Awan’ Ciptaan Julfekar dan lirik oleh Habsah Hassan sendiri.

Setelah berjaya memperkenalkan Farawahida, pihak MA mengorak langkah seterusnya untuk menerbitkan album penuh untuk Farawahida. Pada bulan Januari 2006, album ‘tanpamufarawahida’ terbitan MillenniumArt Sdn.Bhd (MA) yang mengandungi 10 buah lagu baru telah diedarkan oleh syarikat LIFE Records. Bersesuaian dengan bentuk vokalnya, MA telah memilih konsep Pop Komersial untuk album sulung Farawahida itu.

Album ‘Tanpamufarawahida’ yang diterbitkan oleh Julfekar ini mengandungi 10 buah lagu. Disamping orang lama, kebanyakan lagu-lagu yang terdapat dalam album ini, adalah hasil ciptaan pendatang-pendatang baru seperti Azlan Abu Hassan, Hazami, Lee Manah, Datu Badd, Annrick, Fera dan Julfekar.

Seperti album mininya, beberapa lagu yang terdapat di dalam album sulung Farawahida sekali lagi menjadi pilihan penerbit dan pengarah filem dan drama untuk dijadikan sebagai lagu tema. Antara lagu tersebut adalah seperti:-

  1. Lagu ‘Ketiadaan Waktu’ drama bersiri ‘Seadanya Sayang’ RTM.
  2. Lagu ‘Sesal Yang Datang’ drama bersiri ‘Simbiosis’ Samarinda TV3.
  3. Lagu ‘Menung Yg Panjang’ drama bersiri ‘Selagi Tuhan Masih Sayang’ RTM.
  4. Lagu ‘Dan Aku Masih...’ untuk drama bersiri ‘Sonia Anne’ RTM.
  5. Lagu ‘Jangan Kau Pergi’ dan ‘Aku Pun Bosan’ untuk filem ‘Cinta Terakhir’.
  6. Lagu ‘Setia Menanti’ untuk drama ‘Shira’ RTM.

Selain dipasarkan di Malaysia, Album ‘Tanpamu Farawahida’turut menembusi pasaran di Singapura dan Indonesia. Di Indonesia, album tersebut mendapat sambutan di Indonesia sehingga beliau mendapat jolokan Kajol Malaysia oleh peminat di sana.

Pada Mei 2007,menerusi kerjasama syarikat MillenniumArt Sdn Bhd dan Life Records, Farawahida telah menghasilkan album keduanya yang diberi tajuk 'Semuanya Ada Di Sini'. Album kedua Farawahida ini menampilkan kaloborasi Fara dengan penyanyi popular dari Indonesia Endang S.Taurina, The Fabulous Cats, dan Shazzy dari Malaysia dan pemain Erhu terkenal dari negeri China iaitu He Yun. Disamping orang lama, kebanyakan lagu-lagu yang terdapat dalam album ini, adalah hasil ciptaan pendatang-pendatang baru seperti Asmin Mudin, Slen, Ku Seman, Pam Yuen, Umar Kudat, Sikal, Big.J, Kay, Fera dan Julfekar.

Album ‘Semuanya Ada Di Sini’ yang diterbitkan oleh Julfekar ini mengandungi 10 buah lagu termasuk sebuah lagu genre etnik kreatif yang bertujuan menampilkan kebolehan Farawahida dalam membawa lagu irama Malaysia. Album kedua ini juga turut memjadi pilihan penerbit dan pengarah untuk dijadikan lagu tema untuk filem dan drama terbitan mereka. Antara lagu yang telah dipilih antaranya seperti;

  1. Lagu ‘Adakah Masih Ada’dan 'Semuanya Ada Di Sini',drama bersiri ‘Datin Diaries’ arahan Rashid Sibir, ditayangkan oleh TV3 pada Mac 2007.
  2. Lagu'Di Sini Ada Cinta’,drama bersiri‘Bila Rama-Rama Terkopak Sayapnya’ arahan Nurhalim, ditayangkan oleh RTM pada Mac 2007.
  3. Lagu ‘Jangan Simpan Tangismu’,drama bersiri ‘Jangan Simpan Tangismu’ arahan Zularshad, ditayangkan oleh RTM pada Mei 2007.
  4. Lagu ‘Semuanya Ada Di Sini’, filem ‘SEPI’ terbitan Grand Brillian, untuk tayangan tahun 2008


Pada April 2011, Farawahida telah melancarkan single pertamanya setelah bergerak sendiri tanpa bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman. Lagu yang diberi judul 'JANGAN TANYA AKU LAGI' http://www.youtube.com/watch?v=ExCuCsSZuow ini merupakan ciptaan MANUSIA PUTIH manakala liriknya telah ditulis oleh NAWFAS. Lagu ini juga telah menjadi pilihan sebuah syarikat produksi yang banyak menerbitkan drama yang hebat iaitu Zeel Production sebagai lagu tema Drama rantaian 'Mata Ayer' untuk Slot Lagenda untuk tayangan di TV3 setiap hari isnin hingga khamis bermula jam 4 petang hingga 5 petang sepanjang Mei 2011.

Pada tahun 2011 juga, selepas 7 tahun menjadi artis, akhirnya Farawahida dapat merakamkan lagu raya sendiri. Apa yang menariknya, rezekinya untuk merakamkan lagu raya itu pun datang tanpa disangka bila mana pencipta lagu itu yang hanya mahu dikenali dengan nama TOT, mahu dia menyanyikan lagu itu yang bertajuk Hayati Raya Sejati manakala liriknya ditulis oleh TOT & NIRA ARIA. Pada awalnya Farawahida hanya mahu mendengar sahaja lagu tersebut, belum ada apa-apa perjanjian antara mereka itu tetapi selepas mendengar lagu itu Farawahida rasa tersentuh dan setuju untuk merakamkannya. Maka kata sepakat pun dicapai, beberapa hari kemudian Farawahida masuk studio. Proses rakaman berserta klip video telah siap dan bersedia untuk dikeluarkan kepada umum. http://www.youtube.com/watch?v=t4QsdbqWGh8

Dalam kesibukan Farawahida sebagai seorang penyanyi, pada November 2009 Farawahida telah mendapat undangan dari Saudara Rosnan Nordin, yang bertindak sebagai Pengarah untuk berlakon di dalam sebuah teater bangsawan iaitu 'TEATER BANGSAWAN SINBAD BATU PERMATA DEWA' yang telah dipentaskan di PANGGUNG BANDARAYA KUALA LUMPUR bermula 11 Disember hingga 13 Disember 2009. Teater Bangsawan Sinbad ini adalah terbitan Jabatan Kesenian Dan Kebudayaan Negara (JKKN) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan turut menampilkan Shafinaz Selamat, Aris Kadir dan kakitangan JKKN sendiri telah mendapat sambutan yang cukup membanggakan apabila panggung penuh sepanjang 3 hari pementasan.

Walaupun Teater Bangsawan Sinbad ini merupakan lakonan pertama Farawahida namun ia tidak mengecawakan apabila Farawahida berjaya membawa watak Puteri Jasmin dengan baik sekali. Teater ini merupakan langkah pertama Farawahida di dalam bidang lakonan. Walaupun Fara merasa seronok dengan pengalaman pertamanya berlakon, namun bidang nyanyian tetap menjadi pilihannya yang pertama.

Setelah berjaya membawa watak sebagai Puteri Jasmin, Farawahida telah mendapat kepercayaan dari sebuah syarikat penerbitan iaitu Layar Dimensi apabila telah ditawarkan memegang watak sebagai Heroin dalam Filem Pertamanya “BAIK GILER” yang bergenre komedi turut menampilkan Zizan Raja Lawak sebagai Hero di samping pelakon lain seperti Awie, Sharifah Shahirah, Abon, Isma Danial, Siti Fazurina dan ramai lagi.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Farawahida_Razali //scholar.google.com/scholar?q=%22Farawahida+Razal... //www.google.com/search?&q=%22Farawahida+Razali%22... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Faraw... //www.google.com/search?q=%22Farawahida+Razali%22&... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Farawahida+... http://www.youtube.com/watch?v=91kN3noIvlw http://www.youtube.com/watch?v=ExCuCsSZuow http://www.youtube.com/watch?v=_5dH7YCVJ0g http://www.youtube.com/watch?v=fSwu8VxDUCs http://www.youtube.com/watch?v=t4QsdbqWGh8