Farish_Aziz

Mohd Farish bin Aziz Sulaiman atau lebih dikenali dengan Farish Aziz, dilahirkan pada 14 Februari 1984, ialah seorang Pelakon, Pengacara & Penyampai radio di Malaysia.[1] Jejaka berbangsa Melayu ini berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Beliau juga merupakan anak kepada seorang Jurutera iaitu Allahyarham Aziz Ahmed Sulaiman dan pasangannya Sariah Sulaiman. Farish merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik beradik.Jejaka yang popular dengan drama Kau & Aku di Astro Ria ini mempunyai ketinggian 166cm dan berat 63kg. Farish Aziz merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan.