Personaliti Fate_Testarossa

Fate ketika muncul dalam Magical Girl Lyrical Nanoha iaitu Nanoha Musim Pertama digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang mempunyai personaliti yang pendiam dan kanak-kanak yang mengalami kemurungan. Ketika Takamachi Nanoha memandang tepat ke mata Fate, Nanoha dapat merasakan Fate berada dalam kesunyian. Fate ialah seorang Mage yang mengutamakan matlamatnya. Dia sanggup berbuat apa sahaja demi mengumpulkan Jewel Seed untuk ibunya. Dia merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya. Fate mempunyai ketahanan tubuh dan mental yang kuat. Contohnya, dia tetap bertahan biarpun boleh dikatakan dia selalu didera oleh ibunya, Precia Testarossa jikalau dia gagal mendapatkan Jewel Seed. Fate juga merupakan Master yang penyayang, kerana dia sanggup berbuat apa sahaja untuk melindungi Familiar-nya iaitu Arf Testarossa. Apa yang Fate inginkan ialah kasih sayang daripada seorang ibu. Dia juga mengalami konflik dalaman, kerana dia tidak tahu jalan mana yang harus diikuti iaitu sama ada meneruskan rancangan jahat ibunya atau mengikuti Nanoha ke jalan yang lebih baik. Fate juga merupakan manusia yang menghargai persahabatan.