Fatimah_binti_Maimun
Fatimah_binti_Maimun

Fatimah_binti_Maimun

Fatimah binti Maimun bin Hibatullah ialah seorang perempuan beragama Islam yang wafat pada hari Jumaat, 7 Rejab 475 Hijrah (2 Disember 1082 M).[1][2][3][4] Batu nisannya ditulis dalam bahasa Arab dengan huruf kaligrafi bergaya Kufi, serta merupakan nisan kubur Islam tertua yang ditemukan di Nusantara.[1][2][3] Makam tersebut terletak di desa Leran, Kecamatan Manyar, sekitar 5 km arah utara kota Gresik, Jawa Timur.[5]Temuan batu nisan tersebut merupakan salah satu data arkeologi yang berkenaan dengan keberadaan masyarakat Islam pertama di kawasan pantai utara Jawa Timur.[6] Gaya Kufi tersebut menunjukkan antara pendatang di kawasan pantai tersebut, terdapat orang-orang yang berasal dari Timur Tengah dan bahawa mereka juga merupakan pedagang, oleh kerana nisan kubur dengan gaya Kufi serupa juga ditemukan di Phanrang, Champa selatan.[6] Hubungan perdagangan Champa-Jawa Timur tersebut ialah sebahagian jalur perdagangan masyarakat Islam pantai pada abad ke-11 yang merentangi baahgian selatan China, India, dan Timur Tengah.[6]