Faux pas

Suatu faux pas (HFA /ˌfoʊˈpɑː/) (Bahasa Perancis untuk langkah silap) adalah suatu pelanggaran peraturan masyarakat yang diterima, walaupun tidak ditulis. Faux pas berbeza besar dari budaya ke budaya dan apa yang dianggap kelakuan baik dalam satu budaya boleh dikira suatu faux pas dalam budaya lain. Misalnya, di negara-negara Barat berbahasa-Inggeris, membawa sebotol wain apabila bertandang ke rumah seseorang untuk makan malam kadangkala dianggapkan tanda bertimbang rasa. Akan tetapi, di Perancis, ini dianggap menghina kerana ia seolah-olah menandakan bahawa tuan rumah tidak dapat menyediakan wain baik mereka sendiri. Walau bagaimanapun, membawa bunga ke puan rumah jarang menjadi suatu faux pas, walaupun kadangkala seorang perlu berhati-hati pada jenis bunga yang dibawanya.