Kerjaya Fazlina_Ahmad_Daud

Bermula pada tahun 1993 ketika itu, kakaknya Ogy sedang mencari pelakon tambahan, kerana terdesak mencari pelakon, Ogy lalu mengambil Fazlina sebagai watak tambahan dalam drama Mat Gabrah. Sejak dari itu Fazlina banyak mendapat tawaran berlakon drama. Antara drama lakonannya dulu, Kelab Buku Bukit Cheri, Mencari Az Zahrah, Bukan Yang Pertama, Tetamu tetamu, Sayang Maria dan Kamelia. Selain itu Fazlina pernah terlibat dalam teater Raden Galoh dan Pelayaran Nur Atma. Beliau juga amat terkenal di acheh menerusi drama "Lari Mira" sebuah drama yang melibatkan beberapa artis Indonesia dan Brunei.[3][4][5]