Felda Palong Timur 01
Felda Palong Timur 01

Felda Palong Timur 01

Felda Palong Timur 01 merupakan sambungan terhadap projek Rancangan FELDA Gugusan Palong. Tidak seperti kebanyakan tanah rancangan FELDA Gugusan Palong yang lain, FELDA Palong Timur 01 terletak di dalam kawasan pentadbiran Felda Wilayah Segamat, negeri Johor. Ia dinamakan sebagai "Palong Timur" kerana lokasinya di sebelah timur serta termasuk di dalam daerah Segamat.Bagi menampung pertambahan penduduk di Felda Palong Timur 01, sambungannya iaitu Felda Palong Timur 02 dan Felda Palong Timur 03 turut dibangunkan.Kemudahan asas yang disediakan termasuklah sebuah sekolah menengah, sebuah sekolah rendah (sekolah rendah kedua terletak dalam kawasan Palong Timur 03), sebuah masjid dan sebuah stesen minyak mini. Sebuah pondok polis turut didirikan tetapi ia terletak dalam kawasan Felda Palong Timur 03.Felda Palong Timur 01 dihubungkan ke Gugusan Felda Palong 4-6 melalui jalan raya persekutuan dua lorong berturap. Ia juga dihubungkan ke pekan Batu Enam melalui jalan estet berturap sejauh 12 km.