Presiden Felipe_Calderon

Perlembagaan Mexico menyatakan bahawa Presiden mesti angkat sumpah jawatan sebelum Kongres bermula kemudian Dewan Perwakilan . Pembangkang PRD mengancam tidak membenarkan Calderón angkat sumpah jawatan dan menjadi presiden.

Pada 30 November 2006, Presiden Vicente Fox Quesada menyerahkan kuasa kepada Calderón.

Pada 1 Disember, 2006 berlaku perkelahian antara PRD dan PAN .Beberapa wakil menumbuk dan menolak, sementara yang lain menjerit satu sama lain . Wakil PRD menjerit "Fuera Fox" ("keluar Presiden Fox") dan meniup wisel, manakala wakil PAN bertindak balas dengan jeritan "Mexico, Mexico." Calderón masuk melalui pintu belakang istana dan mendekati podium, di mana beliau mengangkat sumpah jawatan sebagaimana Perlembagaan.

López Obrador mengetuai perhimpunan penyokong di Zocalo . Ramai penyokong berarak menuju Nacional Auditorio, di mana Calderón akan muncul pertama kali sebagai presiden.Tetapi perhimpunan digagalkan oleh benteng Polis Persekutuan .