Feloni

Feloni atau jenayah berat merupakan jenayah serius yang mengancam sesebuah masyarakat. Seseorang yang melakukan jenayah ini biasanya akan dikenakan hukuman yang berat seperti penjara seumur hidup, sebatan dan hukuman mati. Klasifikasi jenayah berat berbeza dari satu negara ke negara yang lain. Misalnya di Amerika Syarikat pada umumnya, pemilikan senjata adalah tidak menyalahi undang-undang. Manakala, di Malaysia pemilikan senjata adalah satu jenayah berat. Bagi sesetengah negara pula, jenayah adalah berlandaskan undang-undang syariah dan pencuri dan penzina akan dikenakan hukuman yang berat.