Kerjaya Fikhree_Bakar

Meskipun kurang menerima publisiti biarpun sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan, namun Fikhree tidak berganjak. Beliau menjayakan watak sebagai Morshidi Sidek dalam dokudrama Suatu Ketika: Rosli Dhoby yang bersiaran di Astro Prima. Fikhree muncul dalam filem Klip 3GP arahan Aidilfitri Mohd Yunos di mana persembahannya dalam filem ini melayakkan beliau memenangi Anugerah Watak Penyangak Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012. Sejak itu, Fikhree menjayakan beberapa drama termasuk Nora Elena, Kerana Lelaki Itu dan Teman Lelaki Upahan.[3]