Filem_35_mm
Filem_35_mm

Filem_35_mm

Filem 35 mm ialah tolok filem yang paling biasa digunakan bagi fotografi pegun kimia (lihat filem 135) dan wayang. Nama tolok ini merujuk kepada lebar filem foto, yang terdiri daripada jalur selebar 34.98 ±0.03 mm (1.377 ±0.001 inci).[1][2][3][4][5][6] Tarik turun negatif piawai bagi wayang (format "bingkai-tunggal") ialah empat tebukan tiap bingkai di kedua-dua pinggir, yang menghasilkan 16 bingkai tiap kaki filem.[7] Bagi fotografi pegun, bingkai piawai memiliki lapan tebukan di setiap tepi.Pelbagai jenis tolok, kebanyakannya proprietari, direka bagi berbagai-bagai jenis kamera dan sistem penayangan yang dibangunkan pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, daripada 13 mm hinggalah 75 mm (0.51–2.95 in),[8] selain daripada pelbagai jenis sistem penyuapan filem. Ini menyebabkan kamera, projektor dan peralatan lain perlu ditentukur kepada setiap tolok. Lebar 35 mm, asalnya ditentukan sebagai 1.375 inci, diperkenalkan pada 1892 oleh William Dickson dan Thomas Edison, mengunakan stok filem yang disediakan George Eastman.[5] Lebar 35 mm dengan empat tebukan per bingkai diterima sebagai tolok piawai antarabangsa pada 1909,[9] dan kekal sebagai tolok filem paling dominan bagi pengasalan dan penayangan imej walaupun dicabar tolok yang lebih kecil atau besar, dan daripada format baharu, kerana saiznya membenarkan keseimbangan yang agak baik antara kos stok filem dan kualiti imej yang ditangkap.