Plot Filem_Dabangg

Chulbul Pandey, seorang budak lelaki muda, tinggal bersama adik tirinya, Makhanchan "Makkhi" Pandey, bapa tirinya Prajapati Pandey (Vinod Khanna) dan ibunya, Naina Devi ("Dimple Kapadia") di Laalgunj, Uttar Pradesh. Dia mempunyai hubungan bermasalah dengan ayah tirinya dan Makkhi. Selepas 21 tahun, Chulbul ("Salman Khan") menjadi seorang anggota polis. Chulbul, yang menggelar dirinya "Robin Hood" Pandey, tinggal bersama keluarganya. Makkhi ("Arbaaz Khan") yang mencintai Nirmala ("Mahi Gill"), yang bapanya Masterji ("Tinu Anand") menentang hubungan itu. Chulbul jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Rajjo ("Sonakshi Sinha"), yang dia jumpai semasa pertemuan polis.

Seorang pemimpin politik yang korup bernama Chedi Singh ("Sonu Sood") bertemu dengan Chulbul dan kedua-duanya dengan pantas bermusuhan. Makkhi meminta bapanya mengatur perkahwinannya dengan Nirmala. Bapanya enggan kerana dia memerlukan wang untuk membayar balik pinjaman yang dia ambil untuk membina kilangnya, dan dia percaya bahawa dia boleh mendapatkan wang melalui anaknya dengan mengahwini seorang gadis kaya. Disebabkan sangat memerlukan wang, Makkhi mencuri dari almaru Chulbul dan memberikan wang tunai yang dicuri kepada ayah Nirmala, dengan harapan bahawa dia akan membenarkan Makkhi berkahwin dengan Nirmala. Sementara itu, Chulbul bertemu dengan Rajjo dan mencadangkan perkahwinan, yang dia tolak, kerana dia harus menjaga ayahnya, Haria ("Mahesh Manjrekar") - seorang pemabuk.

Chulbul pulang ke rumah dan mendapati ibunya mati. Dia menemui ayah tirinya untuk berdamaian, kerana dia satu-satunya keluarga yang tinggal. Ayah tirinya menolak dan menghina dia sebagai orang buangan. Makkhi menjemput Chulbul menghadiri perkahwinannya dengan Nirmala. Chulbul menyakinkan bapa Rajjo untuk mengahwinkannya. Ayah Rajjo membunuh diri, kerana dia tahu bahawa anak perempuannya tidak akan berkahwin dengan sesiapa sahaja selagi dia masih hidup. Chulbul mengambil Rajjo menghadiri perkahwinan Makkhi yang gemilang. Menyedari bahawa Makkhi telah mencuri wangnya untuk membiayai perkahwinan, Chulbul mengahwini Rajjo dalam upacara sepontan. Ayah Nirmala berasa malu dan membatalkan perkahwinan anak perempuannya.

Makkhi memukul salah seorang pekerja di kilangnya akibat kemalangan kecil. Pekerja pergi ke balai polis dengan ibunya mengemukakan aduan. Chulbul memukul Makkhi di depan umum untuk memalukannya. Chedi mengambil kesempatan daripada keadaan itu, dan mengambil Makkhi bersama ayahnya ke balai polis. Ayah Makkhi menyelesaikan situasi dengan menerima permintaan maaf dari Chulbul. Chulbul bertemu Dayal Babu ("Anupam Kher"), pemimpin politik tempatan, yang juga tidak suka Chedi. Dengan bantuannya, Chulbul mencemari kilang penapaian Chedi, dan memerangkapnya bagi kesalahn itu.

Untuk membalas dendam, Chedi membakar kilang Makkhi. Bapa Makkhi mengalami serangan jantung akibat kejutan dan dimasukkan ke hospital. Makkhi pergi ke Chedi mencari bantuan darinya, tanpa mengetahui bahawa Chedilah, yang membakar kilangnya. Chedi bersetuju untuk membiayai rawatan ayahnya, jika dia menghantar satu peti mangga kepada rumah Dayal Babu. Tanpa pengetahuan Makkhi, ada bom di dalam peti, yang meledak setelah dia pergi, membunuh Dayal Babu. Chedi memberi Makkhi tugas untuk membunuh Chulbul. Makkhi menerima, dan mengakuinya kepada Chulbul. Dia mendedahkan kepada Chulbul bahawa Chedi membuatnya menanam bom tanpa sedar. Chulbul memaafkannya dan berdamai dengan ayah tirinya. Makkhi kemudian mendedahkan kepada Chulbul bahawa ia adalah Chedi, yang membunuh ibunya. Marah, Chulbul melemaskan Chedi. Kemudian, Chulbul mengaturkan Makkhi berkahwin dengan Nirmala di hadapan bapanya, sementara Rajjo mendedahkan bahawa dia hamil.