Ringkasan Filem_Gila-Gila

Kisah komedi ini mengenai Jaafar yang bekerja sebagai pembantu di rumah orang kaya Sabah iaitu Dato’ Jaafar Pangku K.K ingin mengubah nasib merantau ke Kuala Lumpur atas nasihat rakannya Hamid dia mengambil cuti 2 bulan. Sebelum pergi dia telah meminta pinjaman baju dan wang sebanyak RM3000 dari Dato’ dengan alasan mahu melawat neneknya yg sakit di kampung, dan dia juga ada mengambil sedikit bisnes kad Dato’. Setibanya di Kuala Lumpur, dia telah bertemu dengan Yahya iaitu rakan Hamid dan dibawa berkenalan dengan Kathy iaitu cucu majikannya yang tamak. Setelah dia jatuh hati pada Kathy, Jaafar terus meminang Kathy untuk dijadikan isteri.

Setelah kehabisan wang, dia mengambil keputusan untuk kembali semula ke Sabah dan setelah beberapa lama, Kathy bersama-sama dengan datuknya datang ke Sabah untuk bertemu dengan Jaafar dan menetap di situ, ketika itu barulah mereka mengetahui perkara sebenar.