Filem_Good_Morning,_Vietnam

Filem "Good Morning, Vietnam" merupakan filem drama komedi-tentera, yang ditulis oleh Mitch Markowitz dan diarah oleh Barry Levinson. Berlatarkan Saigon pada tahun 1965, semasa Perang Vietnam, filem ini dibintangi oleh Robin Williams yang membawa watak sebagai seorang DJ radio di Servis Radio Pasukan Ketenteraan dan mempunyai populariti yang hebat dalam kalangan pasukan-pasukan anggota tentera. Akan tetapi, dia sering membuat pihak atasannya marah dengan "kecenderungan kurang hormatnya". Cerita ini diinspirasikan daripada pengalaman DJ radio, Andrew Cronauer yang bertugas dengan Servis Radio Pasukan Ketenteraan. Kebanyakan siaran radio Williams dilakukan secara spontan. Filem tersebut mencapai kejayaan secara komersial dan kritikal: untuk wataknya, Williams memenangi Anugerah Golden Globe untuk Aktor Terbaik - Filem Muzikal atau Komedi dan dicalonkan sebagai Pelakon Terbaik dalam Anugerah Oscar. Filem ini merupakan filem ke-100 di dalam senarai "100 Filem Amerika Terlucu Institut Filem Amerika".

Filem_Good_Morning,_Vietnam

Bahasa Inggeris
Muzik oleh Alex North
Disunting oleh Stu Linder
Pengarah Barry Levinson
Penerbit Larry Brezner
Mark Johnson
Penulis Mitch Markowitz, Stu Silver
Pecah panggung 123.9 Juta USD[1]
Mula ditayangkan 23 Disember 1987 (1987-12-23) (Amerika Syarikat: Tayangan Terhad)
Januari 15, 1988 (Tayangan Luas)
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Peter Sova
Tempoh tayangan 120 minit
Negara Amerika Syarikat
Dibintangi oleh
Pengedar Buena Vista Pictures
Perbelanjaan 13 Juta USD[1]