Robin_Williams
Robin_Williams

Robin_Williams

Robin McLaurin Williams (21 Julai 195111 Ogos 2014) ialah seorang pelakon dan pelawak Amerika Syarikat. Dengan mula-mula dikenali sebagai penggarap watak Mork si makhluk angkasa dalam siri Mork & Mindy (1978–1982), Williams memantapkan kerjaya dalam pementasan komedi dan seni lakon layar perak. Beliau telah beraksi dalam filem-filem yang terkemuka seperti The World According to Garp (1982), Good Morning, Vietnam (1987), Dead Poets Society (1989), Awakenings (1990), The Fisher King (1991), dan Good Will Hunting (1997), termasuk filem dengan kewangan berjaya seperti Hook (1991), Aladdin (1992), Mrs. Doubtfire (1993), Jumanji (1995), Jack (1996), The Birdcage (1996), Night at the Museum (2006), Happy Feet (2006), dan Happy Feet Two (2011). Beliau juga muncul dalam video muzik "Don't Worry, Be Happy" oleh Bobby McFerrin.Selain tiga kali dicalonkan untuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik, Williams menerima Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Good Will Hunting. Beliau juga meraih dua Anugerah Emmy, empat Anugerah Golden Globe, dua Anugerah Screen Actors Guild dan lima Anugerah Grammy.[1][2]Williams menderita dengan kemurungan sepanjang hayatnya, malah juga bergelut dengan ketagihan dadah dan alkohol.[3] Pada 11 Ogos 2014, beliau didapati mati setelah membunuh diri dengan menggantung diri[4] di rumahnya di Paradise Cay, California.[5]

Robin_Williams

Pekerjaan Pelakon, pelawak stand-up, penerbit filem, penulis lakon layar
Pasangan
  • Valerie Velardi
  • (1978–1988)
  • Marsha Garces
  • (1989–2008)
  • Susan Schneider
  • (2011–2014; kematiannya)
Media Pentas, filem, televisyen
Anak 3 termasuk Zelda Williams
Tahun aktif 1976–2014
Meninggal dunia 11 Ogos 2014(2014-08-11) (umur 63)
Paradise Cay, California, Amerika Syarikat
Laman web robinwilliams.com
Sebab kematian Bunuh diri gantung
Kelahiran Robin McLaurin Williams
(1951-07-21)21 Julai 1951
Chicago, Illinois, Amerika Syarikat
Genre Komedi
Pusat pendidikan Juilliard School

Rujukan

WikiPedia: Robin_Williams http://www.businessinsider.com/robin-williams-kids... http://www.bustle.com/articles/37093-did-robin-wil... http://www.emmys.com/awards/nominations/award-sear... http://abc.go.com/shows/2020/listing/2014-08/11-20... http://abc.go.com/shows/nightline/listing/2014-08/... http://www.grammy.com/news/robin-williams-dies http://guardianlv.com/2014/08/emmy-awards-remember... http://www.highbeam.com/doc/1G1-92577025.html http://www.imdb.com/name/nm0000245/ http://www.marinij.com/marinnews/ci_26322637