Sinopsis Filem_Kerat_14

Kerat 14 mengisahkan percintaan di antara Haziq dan Nuzara. Haziq dan Nuzara merupakan pasangan kekasih dan Haziq amat menyayangi Nurzara namun Haziq terlibat dengan aktiviti sosial dan tidak disenangi oleh Nuzara kekasihnya. Dalam masa yang sama Aril muncul dan mula tertarik dengan kecantikan Nuzara ketika Nuzara dan Haziq berada di salah sebuah kelab di Kuala Lumpur. Aril telah menyapu sedikit minyak dagu kepada Nuzara. Berlaku pergaduhan antara Aril dan Haziq kerana Haziq cemburu melihat Aril memeluk Nuzara. Aril telah mengekori sehingga ke apartment Nurzara tanpa mereka sedari. Haziq keluar dari perkarangan rumah untuk ke kedai yang berhampiran. Aril telah masuk ke dalam rumah Nuzara untuk mempekosa Nuzara. Haziq tiba diperkarangan rumah Nuzara ternampak Aril sedang memeluk Nuzara yang separuh sedar. Satu tragedi ngeri yang tidak disengajakan telah berlaku selepas itu menyebabkan Haziq dan Nuzara terlibat dalam penyiasatan dilakukan oleh ASP Razman. Siapakah yang menjadi mangsa dalam kisah percintaan Nuzara dan Haziq dan dapatkah Aril memiliki cinta Nuzara dan mampukah Haziq mempertahankan cinta dan kasih sayangnya pada Nuzara dengan satu pengorbanan yang besar