Ringkasan Filem_Mawar_Merah

Kartika atau Arti gadis Jakarta yang suka bersosial. Tetapi ibu bapa Kartika tidak suka perangai Kartika yang liar dan suka bersosial dengan teman - teman ke disko. Suatu malam setelah pulang dari disko Arti dan kawan-kawannya ditimpa kemalangan.

Ibu bapa Arti yang risau atas keselamatan Arti memutuskan Arti akan dihantar ke Kuala Lumpur untuk dijaga oleh nenek Arti dan bapa saudaranya. Arti yang mulanya membantah cadangan itu terpaksa menurut permintaan ibu bapanya.

Di Kuala Lumpur Arti bertemu dengan seorang lelaki yang membantunya untuk memhubungi neneknya. Lelaki itu sebenarnya bapa saudara Arti. Arti kemudian tinggal bersama sama nenek dan bapa saudaranya Sufyan seorang arkitek yang masih bujang.

Arti dihantar ke sekolah antarabangsa Indonesia di Kuala Lumpur. Hubungan Arti dan Sufyan semakin rapat dan mereka berdua saling jatuh cinta.

Razis seorang peguam juga kawan kepada Sufyan turut jatuh cinta dengan Arti. Manakala Mardiana seorang kawan Sufyan meminati Sufyan sehingga Mardiana cemburu dengan hubungan rapat Sufyan dan Arti.

Sufyan pula cuba menyembunyikan perasaannya kerana tahu perasaan cintanya terhadap Arti adalah dilarang agama walaupun Arti juga mencintainya. Mereka berdua terpaksa menerima hakikat dan takdir percintaan mereka. Sufyan dan Kartika cuba mencari jalan penyelesaian.